Page d'information, Redirection vers la ligue à #
ALLER AU CHAMPIONNATAnnual Interbatch Futsal & Netball Tournament for SMACHIAN Alumni
PERATURAN KEJOHANAN FUTSAL ALUMNI SMACH 2025
1.0 UNDANG-UNDANG
Kejohanan ini akan dipertandingkan mengikut Undang-undang Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang sedang berkuatkuasa masa kini.
2.0 PERATURAN AM KEJOHANAN
2.1 PENGENALAN
2.1.1 Kejohanan ini dikenali sebagai KEJOHANAN FUTSAL ALUMNI SMACH 2025
2.1.2 Keseluruhan kejohanan akan diadili oleh pengadil bertauliah dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh seorang ketua pengadil.
2.2 TARIKH DAN TEMPAT
2.2.1 Kejohanan ini akan diadakan pada 20 Disember 2025 bermula jam 8:00 pagi bertempat di KSL Sport, Puchong, Selangor.
2.3 FORMAT KEJOHANAN
2.3.1 Kejohanan akan dijalankan secara kumpulan. Juara setiap kumpulan akan ke peringkat seterusnya bagi menentukan Juara Keseluruhan.
2.4 KATEGORI PERTANDINGAN
2.4.1 Pertandingan ini akan dibahagikan kepada 4 kategori; Master, Super Senior, Senior, Junior dan Super Junior.
2.4.2 ‘Batch’ yang bertanding akan dikategorikan mengikut kategori di atas berdasarkan tahun SPM ‘batch’ tersebut.
2.5 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
2.5.1 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 5 orang pemain serta 3 pemain simpanan.
2.5.2 Hanya Alumni SMACH & suami kepada Alumni sahaja yang dibenarkan
menyertai kejohanan ini. Jika terdapat pasukan yang menggunakan pemain luar, pasukan tersebut akan disingkirkan daripada kejohanan dengan serta-merta.
2.5.2 Setiap pemain hanya dibenarkan mewakili satu pasukan sahaja.
2.5.3 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan, pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan pasukan berkenaan untuk menyertai kejohanan ini.
2.5.4 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan ialah RM400.00. Tarikh akhir bagi pendaftaran dan bayaran ialah pada 20 November 2025. Sebarang kelewatan pembayaran tidak akan dilayan oleh pihak penganjur.
2.5.5 Bayaran pendafataran pasukan boleh dibuat ke akaun:
Akaun Bank CIMB: 8008371589
Nama Akaun: Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sains Machang
Kelantan (Alumni Smach)
Rujukan: Futsal<batch><pasukan>. Contoh: Futsal09A
2.5.6 Diskaun RM50 bagi pasukan yang mendaftar dan membuat bayaran sebelum 15 Oktober 2025.
3.0 SYARAT-SYARAT PERLAWANAN
3.1 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan.
3.2 Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di padang futsal 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
3.3 Pihak penganjur berhak dan berkuasa menangguhkan atau mengubah sesuatu perlawanan dengan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat atau diputuskan dengan serta merta tanpa diberitahu terlebih dahulu.
3.4 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan yang sesuai.
3.5 Hanya pemain-pemain yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan sahaja dibenarkan bermain di sepanjang kejohanan ini.
3.6 Setiap pasukan boleh membuat bantahan secara bertulis dengan menyertakan wang cagaran bantahan sebanyak RM100.00, tidak lewat dari 30 minit selepas perlawanan yang dibantah itu tamat.
3.7 Bantahan akan didengar oleh Jawatankuasa Rayuan di bawah Jawatankuasa Kecil Teknikal dan Pengadilan. Keputusan jawatankuasa ini adalah muktamad.
3.8 Sekiranya bantahan atau rayuan itu benar dan diterima oleh Jawatankuasa, wang cagaran itu akan dikembalikan dan satu keputusan akan dibuat oleh pihak penganjur berhubung dengan rayuan atau bantahan tersebut.
3.9 Wang cagaran akan hilang dan menjadi hak penganjur sekiranya rayuan atau bantahan ditolak atau didapati tidak benar oleh Jawatankuasa Rayuan.
3.10 Syarat-syarat dan peraturan di atas boleh diubah atau ditambah oleh penganjur tanpa perlu memaklumkan kepada pasukan-pasukan yang akan bertanding.
3.11 Segala keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad.
4.0 SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Bagi perlawanan peringkat kumpulan, masa permainan ialah 5 minit setiap separuh masa dan 1 minit waktu rehat. (5-1-5)
4.2 Bagi perlawanan akhir untuk setiap kategori, masa permainan ialah 7 minit setiap separuh masa dan 1 minit waktu rehat. (7-1-7).
Piala Pusingan & Medal Johan Keseluruhan
Medal Naib Johan Keseluruhan
Medal Tempat Ketiga Keseluruhan
Trofi