Page d'information, Redirection vers la ligue à #
ALLER AU CHAMPIONNAT
1. PENYERTAAN / PENDAFTARAN
1.1 Terbuka kepada semua pasukan sekolah atau kelab hoki di dalam negeri
Terengganu yang membuat pendaftaran terawal.
1.1.1 Terbuka pasukan Lelaki
1.1.2 Terbuka pasukan Perempuan
1.2 Butiran penyertaan pemain.
1.2.1 Kategori Lelaki bawah
1.2.1.1 11 tahun
1.2.2 Kategori Perempuan
1.2.2.1 11 tahun
1.3 Semua Pasukan Hoki yang berminat untuk menyertai, mestilah membuat
pengesahan pendaftaran di dalam ggform Pendaftaran Pasukan seperti berikut :-
→
1.4 Bilangan pemain.
1.4.1 Pendaftaran : 8 pemain
1.4.2 Pemain padang : 6 sebelah
1.5 Syarat penyertaan pemain.
1.5.1 Seorang pemain hanya layak mendaftar satu ( 1 ) kategori sahaja.
1.5.2 Jika dikesan mewakili lebih daripada satu ( 1 ), maka pemain tersebut
tidak dibenarkan bermain.
Dan, penyertaan pasukan itu akan dibatalkan.
1.5.3 Sebarang perlanggaran had umur pemain, dan lebih penyertaan pasukan
yang dibenarkan dalam satu-satu pasukan akan dibatalkan penyertaan.
1.6 Pengurus Pasukan diwajibkan menjadi ahli
Telegram :
2. FORMAT PERTANDINGAN ( SEMUA KATEGORI )
2.1 Liga Kumpulan
2.1.1 Pasukan dibentuk dalam kumpulan.
2.1.2 1 Kumpulan mempunyai 4 pasukan setiap Kumpulan.
2.1.3 Bergantung kepada bilangan penyertaan.
2.2 Pusingan Suku Akhir
2.2.1 Kedudukan dalam Pusingan Kumpulan
2.2.1 No. 1 setiap Kumpulan.
2.2.2 No. 2 setiap Kumpulan.
2.3 Pusingan Separuh Akhir
2.3.1 Menang Peringkat Suku Akhir.
2.3.2 Menang Q1 lawan Menang Q2.
2.3.3 Menang Q3 lawan Menang Q4.
2.4 Pusingan Akhir
2.4.1 Menang Separuh Akhir.
2.5 Bergantung kepada bilangan penyertaan.
2.6 Tempoh Masa Perlawanan
2.6.1 Tempoh masa : 7 minit sehala.
2.7 Hebahan Informasi / Maklumat
2.7.1 Informasi atau maklumat berkaitan kejohanan akan dikongsi
melalui pautan ggdoc.pptx kejohanan :-
3. YURAN PENYERTAAN
3.1 RM50.00 satu pasukan.
3.2 Sila buat pembayaran sebelum membuat pendaftaran pasukan di dalam ggform
Pendaftaran Pasukan, pada akaun seperti butiran berikut :-
Nama Penerima : PERSATUAN HOKI TERENGGANU ( PHT )
Item : HOKI SJHTO2025
Bank : MAYBANK
No. Akaun Bank : 563019240966
4. HADIAH DAN ANUGERAH
4.1 Hadiah
4.1.1 Hadiah Medal
4.1.1.1 Johan
4.1.1.2 Naib Johan
4.1.1.3 Ketiga Bersama
4.2 Anugerah Khas
4.2.1 Hadiah Anugerah Khas
4.2.1.1 Pemain Terbaik Kejohanan
4.2.1.2 Penjaga Gol Terbaik
4.2.2 Wang Tunai
4.2.2.1 Johan : RM200.00
4.2.2.2 Naib Johan : RM150.00
4.2.2.3 Ketiga Bersama : RM100.00
5. PAKAIAN
5.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar 2 pasang Jersi yang berlainan warna
antara satu sama lain.
Pasukan yang menghantar lebih 1 pasukan pada kategori umur yang, mestilah
memakai Jersi yang berlainan.
5.2 Semua pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang dipakainya
sepanjang pertandingan. Nombor baju hendaklah dinyatakan di sebelah nama
pemain di dalam senarai pendaftaran.
5.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang berwarna sama, pasukan mestilah
menukar jersinya. Pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam Jadual
Pertandingan dikehendaki menukar jersinya. Pengurus Pasukan diminta
berbincang dengan Pengurus Pasukan lawan sebelum perlawanan untuk
mengelak persamaan warna.
5.4 Pemain-pemain diwajibkan memakai pelitup betis dan stoking.
5.5 Pemain yang tidak berpakaian menutup aurat dan tidak sopan adalah tidak
dibenarkan menyertai pertandingan.
5.6 Senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada Pegawai Teknikal 15 minit
sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
5.7 Jika ada pemain yang memakai / menggunakan seluar ’tigh’, pemain mestilah
memakai bersama seluar pendek.
5.8 Pemakaian topi dan jam tangan adalah tidak dibenarkan.
5.9 Pemakaian topi, pengikat kepala ( headband ) dan skaf tidak dibenarkan bagi
pemain lelaki.
5.10 Penjaga Gol mesti memakai kelengkapan yang penuh sebagaimana seperti
penjaga gol dan Penjaga Gol mesti diliputi sepenuhnya oleh jersinya.
5.11 Semua pemain perlu memakai jersi dengan kemas sepanjang pertandingan
6. SISTEM PUKULAN PENALTI SHOT OUT
6.1 Digunapakai ketika pusingan kalah mati ( Pusingan Ke-2, 16 pasukan / suku akhir
/ separuh akhir / akhir ).
6.2 Dan bagi penentuan kedudukan kumpulan / rangkin ( menggunakan Peraturan
Para 6.7 & Para 6.8 ).
6.3 Tatacara / undang-undang pengambilan penalti shot out digunapakai.
Masa yang ditetapkan adalah 10 saat.
6.4 Pengadil membuat dan menentukan undian.
Pasukan yang menang dalam undian akan membuat pilihan, sama ada
memulakan penalti shot out atau bertahan dahulu.
6.5 Pengurus pasukan akan menentukan susunan pemain yang akan mengambil
penalti shot out bagi pasukan masing-masing.
6.6 Perlawanan Pusingan Liga Penalti Shot Out adalah seperti berikut :-
6.6.1 Seramai 3 pemain akan mengambil perlawanan ini bagi setiap pasukan.
6.6.2 Kesemua pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil shoot out
secara berselang-seli terhadap penjaga gol lawan.
6.6.3 Jika jaringan perlawanan pusingan liga penalti shot out adalah sama
selepas kesemua penalti shot out diambil oleh kedua-dua pasukan, maka,
Perlawanan Pusingan Penalti Shot Out Kalah Mati 1 Pemain akan dijalankan.
6.7 Perlawanan Pusingan Penalti Shot Out Kalah Mati 1 pemain seperti berikut :-
6.7.1 Seorang sahaja pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil penalti
shot out secara berselang-seli terhadap penjaga gol lawan.
6.7.2 Kemenangan dianugerahkan kepada pasukan yang berjaya menjaringkan
lebih gol.
6.7.3 Jika jaringan penalti shot out adalah sama selepas kesemua penalti shot out
diambil oleh kedua-dua pasukan, maka, Perlawanan Kalah Mati Satu ( 1 )
Pusingan akan dijalankan.
6.8 Perlawanan Kalah Mati Satu ( 1 ) Pusingan, adalah seperti berikut :-
6.8.1 Pengadil membuat dan menentukan undian.
Pasukan yang menang dalam undian akan membuat pilihan, sama ada
mengambil penalti shot out atau bertahan ( menjaga gol ).
6.8.2 Kemenangan dianugerahkan kepada pasukan yang berjaya menjaringkan
gol.
6.8.3 Jika gol tidak berjaya dijaringkan, maka, pasukan bertahan dianugerahkan
kemenangan.
7. PUKULAN SUDUT PENALTI ( PENALTY CORNER / PC )
7.1 Menggunakan peraturan PC yang ditetapkan seperti mana MHC dan FIH.
7.2 Semasa “PC Defence”, hanya 3 pemain dimestikan berada di dalam gol, bersama
GK, berjumlah 4 pemain.
7.3 Manakala, pemain pasukan yang bertahan berada di Garisan Tengah.
7.4 Jika wisel masa tamat telah dibunyikan, Pukulan PC perlu diteruskan hingga
peraturan PC tamat.
7.5 Pihak bertahan dibolehkan memakai kelengkapan pertahanan ketika PC diambil
oleh pasukan penyerang.
8. SISTEM MATA ( LIGA KUMPULAN )
8.1 Sistem Mata bagi Liga Kumpulan adalah seperti berikut :-
8.1.1 Menang 3 mata
8.1.2 Seri 1 mata
8.1.3 Kalah 0 mata
8.2 Kedudukan pasukan akan di tentukan jumlah mata yang dikumpulkan oleh setiap pasukan.
8.3 Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan sama, maka kedudukan pasukan akan
ditentukan berpandukan kepada PERBEZAAN GOL ( GOAL DIFFERENCE ), bilangan gol
yang dijaringkan ditolak dengan bilangan gol yang kena jaring.
8.4 Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan GOL TERBANYAK akan
dikira menang.
8.5 Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah MENGALAHKAN LAWANNYA di peringkat
kumpulan dikira pemenang.
8.6 Jika masih sama kedudukan akan diputuskan menerusi pertandingan penalti strok kalah
mati satu pusingan antara Penjaga Gol dan 1 Pemain ( rujuk Para 6. 8 )
9. SISTEM KAD AMARAN
9.1 Sistem Kad Amaran adalah seperti berikut :-
9.1.1 Hijau
9.1.1.1 ketika perlawanan semasa.
9.1.1.2 1 kad
digantung perlawanan semasa selama 1 minit
9.1.1.3 2 kad
ditukarkan kepada kuning
9.1.2 Kuning
9.1.2.1 ketika perlawanan semasa.
9.1.2.2 1 kad
digantung perlawanan semasa selama 2 minit
9.1.2.3 2 kad
ditukarkan kepada merah
9.1.3 Merah
9.1.3.1 ketika perlawanan semasa.
dibuat padang
atau
9.1.3.2 telah menenrima 2 kad kuning
9.1.3.3 digantung 1 perlawanan
10. PENANGGUHAN
10.1 Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan
tetapi sekiranya pada pendapat Pengarah Pertandingan, keadaan padang tidak
sesuai untuk sesuatu perlawanan ataupun ditangguhkan kerana sebab-sebab
yang tidak dapat dielakkan maka perlawanan itu akan dijalankan di tempat dan
pada masa yang akan ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan. Keputusan
Pengarah Pertandingan dalam hal ini Adalah muktamad.
10.2 Jika perlawanan tidak dapat dilaksanakan, maka, perlawanan tersebut
dianugerahkan keputusan seri tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan ( 0 - 0 ).
11. KEBENARAN MEMASUKI PADANG
11.1 Hanya pemain dan pengadil yang terlibat dalam pertandingan dibenarkan
masuk ke padang permainan kecuali terdapat kecederaan pada pemain dan itu
pun apabila dibenarkan oleh pengadil yang bertugas dalam pertandingan
tersebut.
11.2 Komunikasi atau arahan dari Pegawai Pasukan dan pemain di luar padang
permainan tidak boleh ditujukan terhadap Pengadil atau pemain dari
pasukan lawan.
11.3 Pegawai atau pemain yang tidak didaftarkan untuk pertandingan tidak
dibenarkan duduk di bangku pemain.
11.4 Pegawai Teknikal yang bertugas, selepas memberi amaran kepada Pengurus
Pasukan kerana salah laku pegawai atau pemain berkuasa untuk mengarahkan
pegawai atau pemain tersebut meninggalkan Bangku Pemain. Jika pegawai atau
pemain yang diarah keluar dari bangku pemain enggan berbuat demikian,
tindakan disiplin boleh dikenakan oleh Jawatankuasa Teknikal selepas perlawanan
tersebut.
12. KECEDERAAN
12.1 Jika berlaku kecederaan, Pengadil yang paling hampir pada pemain yang cedera
perlu memastikan sama ada bantuan perubatan diperlukan.
12.2 Jika bantuan perubatan diperlukan, Pengadil tersebut akan memberi isyarat
kepada Pengurus Pasukan masuk ke padang.
12.3 Rawatan kepada pemain yang cedera tidak dibenarkan dibuat di atas padang
pertandingan.
12.4 Jika pemain yang cedera kelukaan, maka pemain tersebut mesti dikeluarkan
dari padang permainan untuk rawatan selanjutnya.
12.5 Pemain dengan luka berdarah tidak dibenarkan masuk ke padang permainan
melainkan luka itu telah diubati dengan tidak ada kesan darah yang mengalir
keluar dari luka.
13. JAWATANKUASA TEKNIKAL
13.1 Semua bantahan atau tindakan disiplin mesti dirujuk kepada jawatankuasa teknikal yang
dilantik untuk pertandingan ini.
13.2 Jawatankuasa Teknikal bertanggungjawab untuk
13.2.1 memberi amaran kepada pegawai atau pemain terbabit
13.2.2 mengambil tindakan tegas terhadap pegawai atau pemain
terbabit
13.2.3 menggantung satu atau lebih perlawanan terhadap pegawai
atau pemain terbabit
13.2.4 mengenakan denda
13.2.5 pengawai atau pemain yang dirujuk kepada Jawatankuasa
Teknikal tidak dibenarkan berada dibangku pemain atau
bermain selagi Jawatankuasa Teknikal belum membuat
keputusan terhadap pemain tersebut.
14. JADUAL PERLAWANAN
14.1 Jadual Pertandingan ini akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
14.2 Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak untuk membuat perubahan pada
Jadual Pertandingan jika perlu.
15. LANTIKAN PENGADIL
15.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pengelola bertanggungjawab melantik pengadil
pengadil untuk pertandingan ini.
15.2 Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD dan TIDAK boleh dipertikaikan.
15.3 Sebarang bantahan terhadap lantikan pengadil-pengadil TIDAK akan dilayan.
15.4 Keputusan untuk menghentikan atau menangguhkan perlawanan akan dibuat
oleh pengadil-pengadil perlawanan tersebut.
16. BANTAHAN
16.1 Jika ada bantahan, ia wajib ditujukan kepada Pengawai Teknikal yang
bertugas secara lisan dalam masa 8 minit selepas tamatnya sesuatu
pertandingan.
16.2 Bantahan Secara bertulis dalam Borang bantahan Rasmi dengan wang
cagaran RM200.00 ( Dua Ratus Ringgit Malaysia ) hendaklah diserahkan
oleh pengurus atau wakilnya dalam masa setengah jam selepas bantahan
secara lisan dibuat. Bantahan tidak dipertimbangkan jika dibuat selepas
masa yang ditetapkan.
16.3 Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas
dan ditolak oleh Jawatankuasa Teknikal.
16.4 Keputusan secara bertulis akan diberitahu oleh Jawatankuasa Teknikal kepada semua
pihak dan Pegawai Pertandingan dalam masa tidak kurang 1 jam dari tamatnya
sesuatu perlawanan.
16.5 Pengurus Pertandingan atau penolongnya akan memberitahu Pengerusi Juri
Rayuan dengan serta-merta mengenai bantahan tersebut. Pihak Juri Rayuan
akan mesyuarat dan memberi keputusan dengan secepat mungkin.
Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.
17. KELEWATAN
17.1 Setiap pasukan mestilah berada di padang permainan 10 minit sebelum masa
yang telah ditetapkan ( Jadual Perlawanan Pasukan ) bagi sesuatu perlawanan
pasukan berkenaan.
17.2 Kelewatan di sini bermaksud :-
17.2.1 Lewat melangkau satu perlawanan daripada Jadual Perlawanan.
17.2.2 Jika baharu sampai, pasukan berkenaan diberi masa 5 minit untuk masuk
ke padang dengan jumlah minima keseluruhan 4 pemain.
17.2.3 Jika pasukan yang kelewatan menyiapkan Penjaga Gol, pasukan tersebut
mestilah bermain secara “power play” terlebih dahulu sehingga Penjaga
Gol siap untuk memasukki padang untuk bermain.
17.3 Jika berlaku kelewatan, Pasukan yang telah menunggu diberi kemenangan
percuma dengan jaringan 2 - 0.
18. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
18.1 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh
pasukan akan dibatalkan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan memasuki
sebarang perlawanan seterusnya.
19. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
19.1 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan pertandingan ini
akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah
muktamad.
RM200.00
RM150.00
RM100.00
Pemain Terbaik Kejohanan
Penjaga Gol Terbaik